//Atieyshahrom
BM224 - Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Pengurusan Operasi)

Aug 11, 2012 @ 1:41 PM | 4 Comment [s]


Okeh this sudah mau stdy kat UITM SHAH ALAM , and this course yang ditawarkan
BM224 
Ijazah Sarjana Muda 
Pentadbiran Perniagaan
 (Kepujian) 
(Pengurusan Operasi) 


PENGENALAN
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Pengurusan Operasi) mula ditawarkan pada tahun 1994 di kampus induk di Shah Alam. Pada tahun 1999, program ini telah ditawarkan di peringkat kampus cawangan iaitu di Kampus Dungun, Terengganu. Program ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berminat dalam operasi di sektor perkilangan dan perkhidmatan. Program ini menekankan aspek pengurusan dalam operasi perniagaan dan ia turut menawarkan pengetahuan dan latihan yang diperlukan dalam mengurus operasi di organisasi. Antara kursus-kursus yang ditawarkan termasuk Pengurusan Projek, Pengurusan Kualiti, Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan, Rekabentuk Kerja, Perolehan dan Pengurusan Inventori. 
TEMPOH PENGAJIAN
Tiga tahun (pengajian sepenuh masa).
PENGAMBILAN
Pengambilan pelajar-pelajar baru dilakukan dua (2) kali setahun. Permohonan boleh dibuat melalui:
• Unit Pusat Universiti (UPU) – sesi pengambilan Jun
• Terus ke Universiti Teknologi Mara – sesi pengambilan November
SYARAT MINIMA KEMASUKAN
1. Mencapai PNGK minimum 2.00 dalam STPM/Setaraf dengan Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am ATAU 
Mencapai PNGK minimum 2.00 dalam Matrikulasi/PASUM/Asasi Undang-Undang dengan Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran DAN 
Lulus SPM/Setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik/Matematik Tambahan.
2. Mencapai HPNG minimum 2.50 dalam Diploma dari UiTM.
3. Mencapai HPNG minimum dari 3.00 dalam Diploma dari Instutusi lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia DAN
Lulus SPM/Setaraf dengan lima (5) kepujian termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik/Matematik Tambahan.
4. Mencapai HPNG minimum 2.50 dalam “Proram Asasi” UiTM.
5. Mencapai HPNG minimum 2.30 dalam Diploma dari UiTM dengan tiga (3) tahun pengalaman kerja.
6. Mencapai HPNG minimum 2.75 dalam Diploma dari institusi lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan tiga (3) tahun pengalaman kerja dan lulus SPM/Setaraf dengan lima (5) kepujian termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik/Matematik Tambahan.
SERTA LULUS MUET TAHAP 3
PENILAIAN
Pelajar-pelajar akan dinilai melalui penilaian berterusan yang merangkumi ujian-ujian, kertas projek, penglibatan dalam kelas dan peperiksaan akhir.
MAKLUMAT KURSUS
Tahun 1
(Semester 1 & 2)
Dalam tahun pertama pengajian, kursus-kursus teras dalam pentadbiran perniagaan diperkenalkan. Antaranya adalah prinsip pemasaran, pengurusan, kewangan, analisa perniagaan, ekonomi dan undang-undang perniagaan asas. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kursus-kursus tersebut yang akan membantu mereka dalam pembentukan kemahiran individu yang merupakan perkara utama dalam kejayaan sesebuah perniagaan mahupun karier dalam pengurusan. Pelajar-pelajar juga akan mempelajari kursus teknologi maklumat dan Bahasa Inggeris Lanjutan turut diperkenalkan sebagai bahasa ketiga. Perkembangan individu melalui aktiviti-aktiviti ko-kurikulum turut diutamakan seperti Kesatria Negara, Persatuan Bulan Sabit Merah dan lain-lain.
Tahun Dua
(Semester 3 & 4)
Dalam tahun kedua, pengajian pelajar-pelajar lebih difokuskan kepada operasi sesuatu perniagaan. Pelbagai kursus ditawarkan daripada pengurusan operasi, pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, ekonomi, rekabentuk kerja, perolehan dan pengurusan inventori dan lain-lain.
Kursus-kursus elektif turut ditawarkan. Antaranya ialah perniagaan antarabangsa, pengurusan antarabangsa dan pengurusan produk; pengurusan operasi di dalam sektor perkhidmatan; dan pelaburan. Pihak fakulti juga turut menawarkan kursus Pengajian Islam dan Tamadun Asia untuk menanamkan nilai-nilai moral dan etika untuk mengukuhkan aspek kerohanian dan mental pelajar-pelajar.
Tahun 3
(Semester 5 & 6)
Tahun ketiga merupakan tahun akhir pengajian di mana pelajar-pelajar akan mengambil kursus-kursus lanjutan pengurusan perniagaan seperti pengurusan strategik, metodologi penyelidikan untuk melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran di dalam pemikiran strategik dan penyelidikan. Pelajar-pelajar juga akan diperkenalkan dengan kursus pengurusan projek dan pengurusan kualiti untuk memberi pendedahan kepada mereka dengan pelbagai piawai kualiti dana kemahiran pengurusan projek. Isu-isu semasa dalam pengurusan operasi juga akan diajar untuk mempersiapkan para pelajar dalam menghadapi cabaran-cabaran di dalam bidang ini. Pada semester akhir pengajian, para pelajar akan menjalani latihan praktik di mana-mana organisasi pilihan pelajar selama 12 minggu. Para pelajar juga perlu menyiapkan laporan akhir latihan praktik selepas selesai menjalani latihan tersebut.
PELUANG PEKERJAAN
Graduan-graduan daripada program ini berpeluang untuk bekerja di peringkat eksekutif dan pengurusan di dalam bidang operasi, logistik, perolehan dan perancangan.

copyright 100% from SINI


Older Post | Newer Post
Tuan Rumah


Hye!sila sila meng follow mukabuka and insta
fb : atieyshahrom
ig : atieyshahrom
igshop: ig_unik_murah
atieyshahrom@gmail.com

Puteri JASMINE

Hye! Welcome to my blog!! Follow me if u like this blog . *Wink*
 sayang ^.~
lalala!~!

Diary About Stuff Site


pesanan!


Follow!



The Credits!


Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Atieyshahrom

Best View at GOOGLE CHROME!